Klausa Persetujuan PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)
Dengan memasukkan maklumat disini, anda dengan ini bersetuju bahawa Majlis Bandaraya Seberang
Perai (MBSP) dibenarkan mengumpulkan, memperoleh, menyimpan dan memproses data peribadi yang anda
berikan ini untuk tujuan menerima kemas kini, berita, surat promosi atau maklumat lain dari MBSP.
Anda dengan ini memberikan persetujuan kepada MBSP untuk:-
• Menyimpan dan memproses data peribadi anda.
• Mendedahkan data peribadi anda kepada lain-lain agensi kerajaan yang berkepentingan atau pihak
ketiga yang berkenaan di mana dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan undang-undang.
Sebagai tambahan, data peribadi anda mungkin dipindahkan ke sistem lain berkaitan MBSP yang mungkin
melibatkan penghantaran data anda ke lokasi di luar Malaysia. Untuk tujuan mengemas kini atau
memperbetulkan data tersebut, anda pada bila-bila masa boleh memohon kepada MBSP untuk mempunyai akses
ke data peribadi anda yang disimpan oleh MBSP.
Untuk mengelakkan keraguan, Data Peribadi merangkumi semua data yang ditentukan dalam Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuk semua data yang telah anda dedahkan kepada MBSP disini.